Tuesday, January 29, 2008

PUNTUNG ROKOK BERGUNA JUGA

Puntung rokok memang tidak mempunyai erti pada sesiapa. Banyak orang tidak tahu bahawa puntung rokok yang dianggap tidak berguna itu dapat memberikan pada tanaman.
Himpunkan semua puntung-puntung rokok itu dan ditumbuk sehalus mungkin. Serbuk dari puntung-puntung rokok boleh digunakan untuk mematikan tanaman-tanaman.

SUSU BULU AYAM UBAT SAKIT MATA

Cara tradisional peninggalan nenek kebayan ialah ambil bulu ayam yang paling muda sekali, picitlah bulu ayam itu perlahan-lahan ke arah pengkalnya hingga terkeluar benda cair seperti susu. Benda cair seperti susu itu disapukan ke bahagian mata sama rata. Mata juga harus dikedip-kedipkan.
Lakukan perkara ini setiap pagi dan petang serta tengah hari. Dengan pertolongan Allah hasilnya pasti memuaskan, mata akan bertambah putih bersih dan kelihatan akan bertambah terang.

BUNGA MATAHARI UBAT KENCING BATU KARANG

Rupa-rupanya bunga matahari yang indah di halaman rumah, mempunyai khasiat yang tersendiri. Boleh dijadikan ubat kencing batu karang.
Jika ada yangmengidap kencing batu karang bolehlah mencuba petua yang ditinggalkan oleh nenek kebayan ini.
Caranya ialah ambil sebatang pokok bunga matahari bersama akarnya. Potong batangnya kira-kira 1/2cm di bahagian atas akar lalu dicuci bersih-bersih dengan air. Akar tersebut mesti dimasak dengan air hingga airnya tinggal kira-kira satu gelas.
Air itu didinginkan dan setelah dingin, ditapis atau disaringkan serta minumlah air itu. Rasanya seperti air teh. Ulangilah meminumnya selama lima hari hingga rasa sakit itu hilang.

MENGATASI RAMBUT GUGUR

Terdapat banyak cara mengatasi rambut gugur. Diantaranya ialah menggunakan daun bunga raya.
Caranya juga cukup mudah. Ambil daun bunga raya dan ramas dengan air hingga hancur. Daun yang sudah hancur itu dilumurkan ke kepala anda, bila waktu mahu mandi anda gunakan syampu kepala mahu mandi macam anda gunakan syampu kepala.
Amalkan memakainya dua tiga kali sehari. Pada orang yang serasi, rambut nya mungkin tidak akan gugur atau gugur nya akan berkurangan. Selain dari itu, daun bunga raya yang rirendam dan diramas boleh mengurangkan panas badan kanak-kanak yang demam, bila disapukan pada bahagian kepalanya.